Wednesday, August 27, 2008

Visi dan Misi Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKTD

VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Mewujudkan Iklim Pendidikan Yang Kondusif, Teraputik Dan Efektif Dari Aspek Fizikal Perhubungan Dan Pengurusan Berteraskan Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Berkualiti Secara Menyeluruh Dan Berkesan Demi Kecemerlangan Murid Dan Sekolah.
MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
  • membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.

Visi dan Misi Sekolah

VISI SEKOLAH
SMK Telok Datok Terbilang Tahun 2010
MISI SEKOLAH
Berusaha Meningkatkan Kualiti Pendidikan Bagi Melahirkan Insan yang Berilmu, Berakhlak Mulia dan Berkemahiran Tinggi Selaras Dengan FPK dan Aspirasi Negara

Visi dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia

VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang,Gemilang dan Terbilang Menjelang 2010
MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Membangunkan Sistem Pendidikan Berkualiti yang Bertaraf Dunia Bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara Malaysia

Perkhidmatan-Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

a.perkhidmatan bimbingan dan kaunseling harus mengandungi perkara-perkara berikut:-
  1. inventori individu dan rekod,iaitu pengumpulan,penyimpanan,penggunaan dan penyebaran maklumat yang sesuai mengenai individu
  2. memberi maklumat iaitu memberi maklumat mengenai pendidikan,latihan dan kerjaya,peribadi dan sosial
  3. bimbingan kelompok dan pengajaran iaitu bimbingan perkembangan(develop-mentalguidance) yang mengandungi aktiviti-aktiviti tarancang dan tersusun
  4. kaunseling individu dan kaunseling kelompok yang bersifat pengajaran,peribadi atau krisis
  5. penempatan akademik ialah penempatan yang menyalurkan pelajar-pelajar dalam pemilihan mata pelajaran elektif dan jurusan yang sesuai.serta dalam pemilihan ko-kurikulum
  6. konsultasi dan rujukan iaitu mengadakan perbincangan mengenai pelajar antara guru bimbingan dan kaunseling dengan guru lain atau dengan pakar,dan seterusnya merujuk kepada khidmat kepakaran khusus ,jika perlu
  7. penyelarasan sumber iaitu penyelarasan tentang penggunaan semua sumber sekolah yang ada dan yang terdapat di kalangan ahli komuniti
  8. konferens dengan ibu bapa iaitu memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling mengenai perkembangan kerjaya,peribadi,sosial dan pendidikan anak-anak mereka
  9. penilaian iaitumengadakan pernilaian keatas perkhidmatan bimbingan yang diberi seperti mengadakan sistem kawal selia,tindakan susulan dan kaji selidik supaya dapat ditentukan keberkesanan program bimbingan atau sesuatu aktiviti bimbingan itu berkesan.
  10. rekod dan dokumentasi iaitu mengadakan satu sistem fail yang sistematik dan mendokumentasi bahan-bahan dan laporan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
  11. khidmat masyarakat iaitu mengadakan aktiviti yang melibatkan masyarakat untuk semangat kejiranan,ikram,kasih sayang dan keinsanan.

Objektif Am Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

  1. memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang,kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar
  2. memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin,penggunaan dadah,merokok,laku musnah,peras ugut,menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku anti sosial yang lain
  3. memberi khidmat bersifat pemulihan(remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi,pelajaran,kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.
  4. memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.

Friday, August 8, 2008

10 RAHSIA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Inginkan Kecemerlangan ?
Ini rahsianya dan cuba lakukan...

1. Yakin kepada kebolehan diri sendiri. Yakin BOLEH !
Jangan melihat diri sendiri secara negatif.
2. Sentiasa melihat pelajaran dari sudut positif.
Sentiasa mengaitkan belajar itu dengan perkara yang menyeronokkan dan mudah.
3. Mempunyai wawasan yang tepat dan jelas.
Tetapkan matlamat dengan tepat dan jelas yang membolehkan diri berusaha sedaya upaya
untuk mencapainya.
4. Menggunakan kaedah pembelajaran yang berkesan.
Gunakan kaedah yang berkesan dan sesuai dengan diri anda.
5. Belajar secara berterusan.
Mengulangkaji pelajaran setiap hari mengikut jadual belajar.
6. Bijak mengurus masa.
Masa amat berharga dan elak daripada membuang masa.
7. Berdisiplin.
Didik diri anda dengan amalan-amalan baik.
8. Mentaati perintah agama.
Jangan lupa ajaran agama dan sentiasalah berdoa agar diberi kejayaan.
9. Menghormati ibu bapa.
Doa dan restu ibu bapa adalah penting. Jaga hati dan dengar nasihat mereka.
10. Mentaati guru.
Tanpa didikan guru, pelajar tidak akan berjaya. Rajin bertanya sekiranya tidak faham apa
yang diajar.

Hayati dan amalkan tips-tips ini, nescaya anda akan berjaya. Semoga Berjaya.

LAMAN LUAHAN PERASAAN

Kepada semua guru dan pelajar, bolehlah buka laman saya untuk meluahkan perasaan. Seandainya anda ada sebarang masalah, bolehlah kita berkongsi idea. Semoga dengan cara itu kita dapat sama-sama mengatasi masalah anda.Kepada sesiapa yang nak beri pandangan atau komen, dipersilakan. Selamat meluahkan perasaan ya.

Thursday, August 7, 2008

UBAT SEGALA MARAH ???

Cikgu marah ? Suami marah ? Isteri marah ? Kekasih marah ? Apa patut anda lakukan sekiranya anda marah....

Rasulullah s.a.w mewasiatkan kepada salah seorang sahabatnya dengan mengatakan " Jangan marah, jangan marah, jangan marah."

Sesungguhnya, orang-orang yang keresahan, kesedihan dan marah, baginya ada penawar yang telah diberikan oleh Nabi s.a.w. Di antaranya ialah :

1. Berusaha menghilangkan perasaan marah. Berilah kemaafan kepada sesiapa sahaja dan anda
akan mendapat pahala.
2. Berwuduk. Marah adalah bara api dan api hanya boleh dipadamkan dengan air.
3. Jika anda marah dengan keadaan berdiri, maka hendaklah anda duduk dan jika dalam
keadaan duduk, maka hendaklah anda berbaring.
4. Jika sedang marah, hendaklah dia diam dan jangan berbicara.
5. Seboleh-bolehnya mengingat akan ganjaran yang didapati bagi mereka yang mampu menahan
marahnya dan mereka yang suka memaafkan kesalahan orang lain.

Sunday, August 3, 2008

Seminar kesihatan dan Hak-hak Wanita 2008

Persatuan Penduduk Taman Cempaka
Banting, Selangor
Menganjurkan;

Seminar Kesihatan dan Hak-hak Wanita 2008
Tarikh: 12 Ogos 2008
Hari: Ahad
Tempat: Surau Taman Kemuning
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
jamuan disediakan