Monday, September 8, 2008

TIP MELEMBUTKAN HATI LELAKI



Setiap insan di dunia ini mempunyai rasa kasih sayang. Lumrah dunia wanita akan kasih kepada lelaki, isteri akan sayang kepada suami. Oleh itu, hayati dan cuba amalkan tips ini untuk melembutkan hati pasangan anda.....

1. Sesuaikan rasa cinta kita dengan dirinya.
2. Timbulkan dorongan kebersamaan.
3. Wujudkan keakraban
4. Bina komitmen kita untuk dirinya
5. Rasa percaya adalah pengikat jiwa
6. Rasai apa yang dia rasa
7. Ketahui personalitinya
8. Jangan terlalu cemburu
9. Simpan rahsia pasangan
10. Kukuhkan talian kasih sayang bila berjauhan
11. Hati-hati dan sabar bila wujud perselisihan faham.
12. Jangan melukakan hati pasangan
13. Jadilah peminat paling setia
14. Buang cerita kekasih lama jauh-jauh
15. Kekalkan kecantikan dalaman
16. Gunakan akal dalam percintaan
17. Hati yang dekat diserasikan.
18. Hormatkan pasangan anda
19. Adakan waktu-waktu romantik
20. Kembangkan minat baru bersama
21. Usah cepat melatah
22. Ikut rentak bahasa badannya
23. Hidupkan suasana rumah yang aman
24. Lelaki perlukan sentuhan emosi
25. Elakkkan kritikan membunuh
26. Pamerkan minat kita pada kesukaannya.
27. Galakkan berbual mengenai angan-angan bersama
28. Ketahui hobinya
29. Bajai dengan kata-kata manis
30. Jadilah orang pertama di sisi yang tersayang
31. Ikat hati pasangan dengan ahli keluarga kita
32. Ikat hati keluarga sidia.
33. Bina reputasi baik terhadap sahabatnya
34. Jadikan anak-anak pelembut hatinya

Awas, tips ini hanya sesuai untuk pasangan yang telah berkahwin sahaja. Untuk keterangan lanjut bolehlah bertanya dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pn Aznora bt Yuseh yang sentiasa sedia untuk membantu anda.








TEKNIK MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF


1. BACA, KEMUDIAN TELITI DAN FAHAMI KEHENDAK SOALAN.



  • Baca kesemua pilihan jawapan.

  • Jangan memilih secara TERGESA-GESA.

2.INGAT! PILIHLAH JAWAPAN YANG KAMU TAHU SALAH DAHULU.



  • Langkah pertama, potong pilihan jawapan yang salah.

  • Baki jawapan mungkin dua sahaja.

  • Cara ini memudahkan pemilihan jawapan.

3. PERHATIKAN JAWAPAN DENGAN TELITI DAN TERPERINCI.



  • Perhatikan panjang dan pendek pilihan jawapan yang diberi

  • Kebiasaannya yang panjang itulah jawapan yang betul.

Kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan, Selamat Menghadapi Peperiksaan dan Semoga semua pelajar akan berjaya dengan cemerlang.

TEKNIK MENDUDUKI PEPERIKSAAN



  • Di dalam dewan peperiksaan TIADA SIAPA dapat membantu kamu.

  • Kamu HARUS membantu diri sendiri

OLEH ITU !


kamu harus menghayati teknik menghadapi peperiksaan di bawah sebagai bekalan!



  1. Jawapan mestilah MENEPATI kehendak soalan.

  2. Mengikut arahan soalan dengan BETUL

  3. Fahami kata-kata kunci dalam SOALAN

  4. Tulisan mestilah KEMAS dan mudah di baca

  5. Skrip jawapan BERSIH

  6. Jawapan hendaklah PADAT

  7. Gunakan bahasa yang LANCAR, contoh yang MENARIK, dan hujah yang JELAS



MASA SESUAI BELAJAR

Bilakah masa paling sesuai untuk membaca? Dalam perkara ini banyak salah faham yang timbul. Ramai berpendapat bahawa masa terbaik untuk semua orang adalah dengan belajar di awal pagi yakni jam 4 atau 5 pagi hingga 6 atau 7 pagi. Sebenarnya tidak ada satu masa yang sesuai untuk semua orang. Kita boleh membahagikan 3 kategori pelajar dari segi pemilihan masa belajar. Pilihlah tabiat membaca "burung murai" ataupun "burung hantu" tetapi jangan seperti ular sawa pula!



Sesetengah pelajar suka belajar di awal pagi.
Mereka bagaimanapun cepat mengantuk pada waktu
malam.Ini adalah tabiat BURUNG MURAI




Ramai juga pelajar yang tidak tahan belajar di awal pagi
tetapi lebih suka berjaga hingga lewat malam.Pelajar ini
pula mengikut BURUNG HANTU.


Ada juga pelajar yang bangun lewat pagi
dan tidur awal. Mereka adalah pemalas tak ubah seperti
ULAR SAWA.







Sunday, September 7, 2008

SESI BIMBINGAN KELOMPOK (CARA BELAJAR BERKESAN)



8/9/08, bersamaan hari Isnin , kami berdua , Nur Syamimi bt M.Yuzi dan Nurhafizah bt. Zulhisham mendapat bimbingan tentang cara belajar berkesan. Diantara teknik belajar yang kami dapat ialah :

  1. TEKNIK BELAJAR :
  • tempat belajar yang selesa
  • matlamat yang jelas
  • punyai nota ringkas
  • cara membaca
  • studygroup
  • jadual waktu
  • buat latihan
2.CARA MENGINGAT
  • doa
  • minat
  • kaitkan dengan cerita
  • makan makanan berkhasiat seperti : susu, kurma, kismis, buah dan sayuran
  • buat nota ringkas seperti : buat peta minda, gambar,dan lagu.
  • tulisan berwarna
  • rehat
  • latihan tubi
  • jangan makan makanan makruh
  • fokus
  • banyak minum air
  • punyai cita-cita
  • penampalan nota-nota di dinding
  • amalan -amalan sunat seperti : solat sunat , baca Al-Quran dan banyakkan pahala.

Kesimpulannya , kami berasa sangat yakin dan berwawasan. So,kepada rakan yang lain, amalkanlah cara belajar berkesan ini supaya dapat kejayaan pada masa hadapan.

Wednesday, August 27, 2008

Visi dan Misi Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKTD

VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Mewujudkan Iklim Pendidikan Yang Kondusif, Teraputik Dan Efektif Dari Aspek Fizikal Perhubungan Dan Pengurusan Berteraskan Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Berkualiti Secara Menyeluruh Dan Berkesan Demi Kecemerlangan Murid Dan Sekolah.
MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
  • membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.

Visi dan Misi Sekolah

VISI SEKOLAH
SMK Telok Datok Terbilang Tahun 2010
MISI SEKOLAH
Berusaha Meningkatkan Kualiti Pendidikan Bagi Melahirkan Insan yang Berilmu, Berakhlak Mulia dan Berkemahiran Tinggi Selaras Dengan FPK dan Aspirasi Negara

Visi dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia

VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang,Gemilang dan Terbilang Menjelang 2010
MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Membangunkan Sistem Pendidikan Berkualiti yang Bertaraf Dunia Bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara Malaysia

Perkhidmatan-Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

a.perkhidmatan bimbingan dan kaunseling harus mengandungi perkara-perkara berikut:-
  1. inventori individu dan rekod,iaitu pengumpulan,penyimpanan,penggunaan dan penyebaran maklumat yang sesuai mengenai individu
  2. memberi maklumat iaitu memberi maklumat mengenai pendidikan,latihan dan kerjaya,peribadi dan sosial
  3. bimbingan kelompok dan pengajaran iaitu bimbingan perkembangan(develop-mentalguidance) yang mengandungi aktiviti-aktiviti tarancang dan tersusun
  4. kaunseling individu dan kaunseling kelompok yang bersifat pengajaran,peribadi atau krisis
  5. penempatan akademik ialah penempatan yang menyalurkan pelajar-pelajar dalam pemilihan mata pelajaran elektif dan jurusan yang sesuai.serta dalam pemilihan ko-kurikulum
  6. konsultasi dan rujukan iaitu mengadakan perbincangan mengenai pelajar antara guru bimbingan dan kaunseling dengan guru lain atau dengan pakar,dan seterusnya merujuk kepada khidmat kepakaran khusus ,jika perlu
  7. penyelarasan sumber iaitu penyelarasan tentang penggunaan semua sumber sekolah yang ada dan yang terdapat di kalangan ahli komuniti
  8. konferens dengan ibu bapa iaitu memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling mengenai perkembangan kerjaya,peribadi,sosial dan pendidikan anak-anak mereka
  9. penilaian iaitumengadakan pernilaian keatas perkhidmatan bimbingan yang diberi seperti mengadakan sistem kawal selia,tindakan susulan dan kaji selidik supaya dapat ditentukan keberkesanan program bimbingan atau sesuatu aktiviti bimbingan itu berkesan.
  10. rekod dan dokumentasi iaitu mengadakan satu sistem fail yang sistematik dan mendokumentasi bahan-bahan dan laporan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
  11. khidmat masyarakat iaitu mengadakan aktiviti yang melibatkan masyarakat untuk semangat kejiranan,ikram,kasih sayang dan keinsanan.

Objektif Am Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

  1. memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang,kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar
  2. memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin,penggunaan dadah,merokok,laku musnah,peras ugut,menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku anti sosial yang lain
  3. memberi khidmat bersifat pemulihan(remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi,pelajaran,kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.
  4. memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.

Friday, August 8, 2008

10 RAHSIA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Inginkan Kecemerlangan ?
Ini rahsianya dan cuba lakukan...

1. Yakin kepada kebolehan diri sendiri. Yakin BOLEH !
Jangan melihat diri sendiri secara negatif.
2. Sentiasa melihat pelajaran dari sudut positif.
Sentiasa mengaitkan belajar itu dengan perkara yang menyeronokkan dan mudah.
3. Mempunyai wawasan yang tepat dan jelas.
Tetapkan matlamat dengan tepat dan jelas yang membolehkan diri berusaha sedaya upaya
untuk mencapainya.
4. Menggunakan kaedah pembelajaran yang berkesan.
Gunakan kaedah yang berkesan dan sesuai dengan diri anda.
5. Belajar secara berterusan.
Mengulangkaji pelajaran setiap hari mengikut jadual belajar.
6. Bijak mengurus masa.
Masa amat berharga dan elak daripada membuang masa.
7. Berdisiplin.
Didik diri anda dengan amalan-amalan baik.
8. Mentaati perintah agama.
Jangan lupa ajaran agama dan sentiasalah berdoa agar diberi kejayaan.
9. Menghormati ibu bapa.
Doa dan restu ibu bapa adalah penting. Jaga hati dan dengar nasihat mereka.
10. Mentaati guru.
Tanpa didikan guru, pelajar tidak akan berjaya. Rajin bertanya sekiranya tidak faham apa
yang diajar.

Hayati dan amalkan tips-tips ini, nescaya anda akan berjaya. Semoga Berjaya.

LAMAN LUAHAN PERASAAN

Kepada semua guru dan pelajar, bolehlah buka laman saya untuk meluahkan perasaan. Seandainya anda ada sebarang masalah, bolehlah kita berkongsi idea. Semoga dengan cara itu kita dapat sama-sama mengatasi masalah anda.Kepada sesiapa yang nak beri pandangan atau komen, dipersilakan. Selamat meluahkan perasaan ya.

Thursday, August 7, 2008

UBAT SEGALA MARAH ???

Cikgu marah ? Suami marah ? Isteri marah ? Kekasih marah ? Apa patut anda lakukan sekiranya anda marah....

Rasulullah s.a.w mewasiatkan kepada salah seorang sahabatnya dengan mengatakan " Jangan marah, jangan marah, jangan marah."

Sesungguhnya, orang-orang yang keresahan, kesedihan dan marah, baginya ada penawar yang telah diberikan oleh Nabi s.a.w. Di antaranya ialah :

1. Berusaha menghilangkan perasaan marah. Berilah kemaafan kepada sesiapa sahaja dan anda
akan mendapat pahala.
2. Berwuduk. Marah adalah bara api dan api hanya boleh dipadamkan dengan air.
3. Jika anda marah dengan keadaan berdiri, maka hendaklah anda duduk dan jika dalam
keadaan duduk, maka hendaklah anda berbaring.
4. Jika sedang marah, hendaklah dia diam dan jangan berbicara.
5. Seboleh-bolehnya mengingat akan ganjaran yang didapati bagi mereka yang mampu menahan
marahnya dan mereka yang suka memaafkan kesalahan orang lain.

Sunday, August 3, 2008

Seminar kesihatan dan Hak-hak Wanita 2008

Persatuan Penduduk Taman Cempaka
Banting, Selangor
Menganjurkan;

Seminar Kesihatan dan Hak-hak Wanita 2008
Tarikh: 12 Ogos 2008
Hari: Ahad
Tempat: Surau Taman Kemuning
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
jamuan disediakan

Thursday, July 31, 2008

Salam pengenalan

Selamat datang ke blog saya....pembimbing dan kaunselor anda